Vanakkam.
Salam Sejahtera dan Selamat Datang Ke Laman Web SJK TAMIL LANADRON, PANCHOR, MUAR,JOHOR. Dengan limpah kurniah Tuhan Yang Maha Berkuasa, SJK TAMIL LANADRON telah berjaya membina laman web ini.
Dengan pembinaan laman web ini maka SJK Tamil Lanadron telah melangkah ke era teknologi maklumat . Kami berasa amat berbangga dengan sejarah dan pencapaian sekolah ini . Sekolah ini adalah sekolah Tamil yang tertua di Negeri Johor. Ia telah ditubuh pada tahun 1903. Sudah tentu pelbagai rentetan peristiwa berlaku sepanjang sejarah sekolah ini.
Kami telah bekerja dengan penuh komitmen untuk mempastikan laman web ini mencerminkan segala aspek sejarah dan kejayaan sekolah. Semoga semua warga sekolah serta ibubapa dan orang ramai dapat menatap aktiviti dan kejayaan sekolah. Mudah-mudahan laman web ini akan menggalakan kesan positif dan menjadi perangsang kepada murid untuk berjaya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa sains dan teknologi ini perubahan berlaku begitu pesat dan kita terpaksa bekerja kuat bersama-sama dengan perubahan dalam era telekomunikasi.
Oleh itu kita perlu menaruh harapan dan keyakinan terhadap kebolehan dan kewibawaan murid-murid kita walaupun mereka ketinggalan dalam segala bidang.
Saya pasti keyakinan guru-guru inilah yang akan mengubah sikap murid-murid kita. Sebagai guru yang bertanggung jawab kita mahukan murid-murid mempunyai ilmu pengetahuan, kecekapan yang cukup, berdisiplin, bersikap membina, berfikir, berdedikasi dan kreatif. Pendek kata kita mahukan mereka menjadi orang yang berguna kepada diri dan masyarakat.
Saya berasa bangga dengan guru-guru serta staf sokongan sekolah ini yang amat dedikasi terhadap tugas mereka.
Segala pencapaian sekolah ini adalah atas daya usaha guru-guru serta staf sokongan.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.
Tidak ketinggalan juga kepada PIBG sekolah ini yang banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam segala aktiviti sekolah.
Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan taraf murid-murid sekolah ini dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping sentiasa mementingkan disiplin serta sikap murid.
Akhir kata saya sentiasa berdoa agar pihak sekolah ini akan terus berusaha ke arah wawasan untuk mewujudkan generasi cemerlang.
USAHA MENUJU WAWASAN
Sekian.Terima Kasih.
Yang Benar,
MU.TIRUVENGADAM
Guru Besar,
SJK Tamil LADANG LANADRON