லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON, PANCHOR, MUAR telah ditubuhkan pada tahun 1903 dengan nama LANADRON ESTATE PRIMARY TAMIL SCHOOL di tepi sungai kawasan Ladang Lanadron, Panchor.


Sekolah ini merupakan sekolah Tamil yang tertua di Negeri Johor.


Sekolah ini telah diperbuat daripada papan dan ditubuhkan oleh pihak pengurus ladang. Ianya beroperasi sehingga tahun 1963 di bangunan tersebut.

PENTADBIRAN SEKOLAH
Butir- butir berkaitan dengan pemegang jawatan Guru Besar SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON sejak ditubuh pada tahun 1903 hingga 1927 tidak diketahui. 
Pada tahun 1928 En.Subramaniam telah memegang jawatan guru besar sehingga 1935.

Tugas beliau telah diambil alih oleh En.Masilamani. Beliau telah memegang jawatan tersebut sehingga 1941. 
En.R.Thatchinamoorthy telah memegang jawatan tersebut hingga 1945
En.Kannappa Pillai telah menjadi guru besar sehingga 1947.
En.Velayutham telah mengambil alih tugas beliau pada 1948 dan sandang jawatan tersebut sehingga 1949. 
En.Rajagopal telah memegang jawatan tersebut sehingga 1952.
En.N.Letchumanan telah memegang jawatan tersebut sehingga 1954.
Pada 14.01. 1955 En.Sahadevan telah mengambil tugas sebagai Guru Besar SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON. Pelantikan beliau telah membuka satu era baru dalam sejarah SJK Tamil Ladang Lanadron. En.Mu.Narasimman telah dilantik sebagai guru penolongnya. Pada tahun itu seramai 34 murid telah belajar di sekolah ini.
Pada masa itu Sekolah Tamil Persatuan India Panchor yang terletah di Pekan Panchor telah berfungsi di bawah pimpinan En.R.Suppiah dengan bilangan 14 orang murid. Pada tahun 1955 atas cadangan Pengerusi Lembaga Sekolah En. S.G.Taylor, En.Sahadevan telah berusaha untuk menggabungkan Sekolah Tamil Persatuan India Panchor dengan SJK Tamil Ladang Lanadron. En.R.Suppiah telah diterima sebagai staf tambahan SJK Tamil Ladang Lanadron. .

Pada tahun 1958, bilangan murid sekolah telah meningkat sampai 127 orang murid.Pada tahun yang sama En.Mohd Kasim bin Muhammad telah dilantik untuk mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada pertengahan tahun 1958 En.P.Raman dan En.R.Ragavan telah dilantik untuk mengajar Bahasa Tamil. Dengan perlatikan mereka bilangan guru meningkat sampai 6 orang.
Pada tahun 1960, En.Mohd Kasim bin Muhammad telah bertukar ke sekolah lain dan tempat beliau telah diganti oleh Cik Aminah.
Pada tahun 1969 En. R. Suppiah PIS telah memegang jawatan guru besar sekolah ini. Pada tahun 1970, beliau telah diganti oleh En.D. Doraisamy.
Pada tahun itu juga En.M.Kannan PIS telah mengambil alih tugas guru besar daripada En. D. Doraisamy. Beliau telah memegang jawatan tersebut sehingga 01.05.1991.
Pada 16.06.1991, En.G.Muniandy telah mengambil tugas sebagai guru besar. Beliau telah menjawat jawatan tersebut sehingga beliau bersara wajib pada 07.03.2003.
Tempat beliau telah diambil alih oleh En.C.Pandu Rengan pada 16.03.2003 sehingga 02.08.2004.
Tugas En.C.Pandu Rengan telah diambil alih oleh En.M.Turuvangadam pada 03.08.2004 hingga sekarang.
GABUNGAN SEKOLAH-SEKOLAH CAWANGAN

Pada 01.01.1973, tiga buah sekolah telah digabungkan dengan sekolah ini. Sekolah – sekolah yang telah dijadikan cawangan sekolah ini adalah seperti berikut:

SRJK (T)  LADANG PALANIAPPA, PAGOH 
SRJK(T)  LADANG PENGKALAN BUKIT
SRJK (T)  LADANG CRAIGIELEA
Guru Besar sekolah-sekolah tersebut telah dilantik sebagai guru tanggung jawab sekolah - sekolah tersebut. En.Kuppusamy telah dilantik sebagai guru tanggungjawab cawangan Palaniappa.  En.Mariappan telah dilantik sebagai guru tanggung jawab cawangan Pengkalan Bukit. En. Stenis Dass telah dilantik sebagai guru tanggungjawab cawangan Craigielea. 

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH– SEKOLAH.CAWANGAN

1. Cawangan Palaniappa
SJK Tamil Ladang Palaniappa telah ditubuh pada tahun 1956 di Ladang Palaniappa, Pagoh di Jalan Sengkang . Tapah tanah tersebut yang dimiliki oleh Kaum Chettiar telah dijual kepada orang perseorangan termasuk tapah tanah sekolah dan kuil. Tapah tanah sekolah telah dijual kepada En.Quek Ah Sim pada 23.11.1989. 
Sejak itu beliau bertindak melalui peguam supaya tapah tanah tersebut dikosongkan dan diserah kepadanya. Pada januari 1991 Pihak MIC Bahagian Pagoh dan PIBG telah mengenalpasti satu kawasan tanah seluas tiga ekar berhampiran dengan SM SARSI Pagoh. Proses pengambilan tapah tanah tersebut telah mengambil masa yang terlalu panjang, iaitu sepuluh tahun.
Tapah tanah tersebut telah dibeli dan serah kepada pihak sekolah oleh Kerajaan Negeri Johor. Pembinaan sekolah di tapah tersebut bermula pada 01.03.2001 dan siap pada 06.12.2001.
Kos pembinaan telah dibiayai oleh DatoSree S.Samyveloo , Presiden MIC Kebangsaan. Kejayaan Pembinaan Sekolah Tamil Palaniappa adalah daya usaha MIC Bahagian, Negeri dan Kebangsaan. MIC Bahagian Pagoh telah menyerah bangunan tersebut kepada pihak sekolah pada 14.07.2003.
Pada 02.10.2003 murid-murid SJK Tamil Palaniapa telah dipindahkan ke bangunan baru. Sejak itu SJK Tamil Palaniappa telah mulai berfungsi di bangunan baru . Namun demikian status sekolah tersebut masih kekal sebagai cawangan SJK Tamil Lanadron.

2.    Cawangan Craigielea
SJK Tamil Ladang Craigielea yang merupakan salah satu cawangan SJK Tamil Lanadron terletak 26 km dari pekan Pagoh , 26 km dari sekolah induk dan 36 km dari PPD Muar. Jarak jauh sekolah ini dari pintu masuk utama ladang ialah 8 km. 
Pada tahun 1953 , pekerja India di kawasan Ladang Craigielea telah mengadakan proses pnp di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di division batu 10 dan Ladang Kim Kee. Kedua-dua pusat ini tidak mempunyai apa jua kemudahan.
Jumlah murid yang belajar di sekolah tersebut  ialah 20 orang murid sahaja. Kesemua murid ini datang dari Ladang Craigielea yang mempunyai enam bahagian yang berasingan . Jarah dari satu division ke division lain adalah 10km. Oleh yang demikian murid-murid menghadapi kesukaran untuk meneruskan pelajaran mereka kerana masalah pengangkutan.
Dalam keadaan sedemikian pengurus ladang En.L.V.Strivens telah berusaha untuk menubuhkan sebuah bangunan sekolah di tapah tanah sekolah sekarang pada 02.11.1961.

Jumlah murid pada masa itu ialah 75 orang. Guru Besar ialah En.V.Subramaniam. A.S.Jayamoney dan Cik A.Theresa telah dilantik sebagai guru.
Sekolah ini aktif dalam Permainan Badminton dan Sepak Takraw. Sukan Tahunan merupakan aktiviti tahunan sekolah ini. Sekolah ini juga mempunyai perpustakaan pusat dan perpustakaan kelas.
Sekolah ini pada mulanya hanya mempunyai sebuah blok bangunan separa papan.
Pada tahun 1964 sekolah ini telah mendapat bantuan modal untuk mengubahsuai bangunan yang sedia ada. Jumlah murid telah meningkat hingga 120 orang. Pada tahun 2002 sebuah kantin telah dibina atas sumbangan ADUN Jorak.
Sekolah ini telah beroperasi hingga tahun 2011. Mulai  tahun 2012  sekolah ini tidak beroperasi kerana tiada murid. 
3. Cawangan Pengkalan Bukit
SJK Tamil Ladang Pengkalan Bukit  telah ditubuh pada 04.06.1952 oleh Pengerusi Lembaga Pengurus En.J.Jefferies. En.M.Kannan adalah guru besar. Enrolmen murid pada masa itu ialah 41 orang.

Bilangan guru ialah dua orang termasuk guru besar. En.S.Velu dilantik sebagai guru. Bola Sepak dan Badminton merupakan permainan pilihan sekolah ini pada masa itu. Sukan tahunan merupakan aktiviti tahunan. sekolah ini juga miliki sebuah perpustakaan induk.


Sekolah ini telah beroperasi hingga tahun 2006. Mulai  tahun 2007  sekolah ini tidak beroperasi kerana tiada murid.



Status Tapak Tanah
Status tapak tanah SJK Tamil Lanadron adalah tanah milik Persekutuan. Keluasan tapak tanah adalah 0.25 hektar ( 2014 meter persegi). Jenis dan nombor hak milik ialah GRN 37112. No Lot tanah ialah 2254. Surat hak milik tapak tanah diberi hak milik Kerajaan Persekutuan telah dikeluarkan pada 07.07.2006.
Walaubagaimanapun tarikh tapak tanah ini diberi hak milik kerajaan Persekutuan telah diawalkan pada 05.09.1971. Tapah tanah yang dikurniakan ini tiada tegahan atas kegunaannya. Mengikut Rekod JKR bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1956..No bangunan JKRM ialah 1249. Keluasan bangunan adalah 317.91 meter persegi.
Pada masa itu sekolah juga menggunakan padang seluas 2,261.95 meter persegi sebagai padang sekolah. Padang ini kemudian telah diambil balik oleh pihak ladang untuk menanam kelapa sawit.
Pada tahun 2006 , dalam Mesyuarat Agung PIBG yang telah dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor YB Tuan Haji Samat bin Aripin , pihak sekolah memohon jasabaik YB agar menyumbang tapak tanah sebelah kiri sekolah bertujuan untuk membina bangunan dan menjadikan padang sekolah. Sebahagian daripada tapak tanah ini pernah digunakan sebagai padang sekolah pada tahun 1980an.
YB dalam ucapannya bersetuju untuk menyumbang tapak tanah Lot 2255 seluas 0.788 hektar ( 1.946 ekar ) kepada sekolah melalui Menteri Besar Kerajaan Negeri Johor. Dengan usaha murni YB Tuan Haji Samat Aripin sekolah telah berjaya disumbang tanah yang dimohon. .

Pada 13.12.2007 , Kerajaan Negeri Johor telah mengambil balik tapak tanah Lot 2255 seluas 0.788 hektar ( 1.946 ekar ) dari ladang   dengan kos RM 117,494.00 dan serah kepada sekolah tanpa tegahan atas kegunaannya. GRN 37113.
Fizikal  Sekolah
Sekolah Tamil Lanadron telah ditubuhkan pada tahun 1903 di tepi sungai kawasan Ladang Lanadron, Panchor. Sekolah ini telah diperbuat daripada papan dan ditubuhkan oleh pihak pengurus ladang. Ianya beroperasi sehingga tahun 1963 di bangunan tersebut.
Pada tahun 1964  En.Sahadevan telah berusaha untuk mendirikan bangunan baru di tapak sekarang  dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor.Bangunan baru telah didirikan dengan dua buah bilik darjah dengan kos RM 6000.00.
Pada tahun 1967, dua buah bilik darjah tambahan, sebuah pejabat dan sebuah setor telah didirikan.
Pada tahun 1975, sebuah tandas telah dibina di sekolah induk . Pada tahun 1978 bangunan sekolah telah dibesarkan dengan kos RM 5,000.00. Bekalan api juga telah diselenggarkan.
Pada tahun 1983 sebuah perpustakaan telah dibina dengan kos RM 7,000.00.
Pada tahun 1990 sebuah kantin terbuka telah dibina.
Pada 14.01.2007 , pihak sekolah , selepas mengalami bencana banjir , telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PPD Muar dan Jabatan Pelajaran Johor agar sekolah ini dibina bangunan tiga tingkat , untuk mengelak kerosakan banjir.
Pada tahun 2009 , Kementerian Pelajaran Malaysia telah melulus bantuan RM 600,000 sahaja untuk membina bangunan baru. Oleh kerana peruntukan tersebut adalah tidak mencukupi untuk membina bangunan tiga tingkat maka sekolah merayu untuk menambah peruntukkan.
Pada 01.04.2009 , YAB Timbalan Perdana Menteri, pada masa itu, YAB Dato'Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah meluluskan dan menyerah cek bernilai RM 1.04 juta Ringgit di Putra Jaya.
Peruntukkan ini hanya mencukupi untuk membina satu blok bangunan dua tingkat . Oleh kerana peruntukan yang dilulus tidak mencukupi untuk membina bangunan tiga tingkat maka pihak sekolah merayu kepada KPM melalui PPD,JPNJ dan JKR untuk menambah peruntukkan kepada RM 2.6 juta.
Dengan limpah kurnia Tuhan yang maha Berkuasa pihak kerajaan telah bermurah hati meluluskan RM 2,604,000.00 .
Dengan kurnia Tuhan yang masa Berkuasa maka hasrat sekolah membina bangunan satu blok tiga tingkat tercapai apabila Kerajaan menambah peruntukannya kepada 2.6 juta. 
Pada 05.12.2009 , JKR telah memulakan kerja-kerja pembinaan bangunan satu blok tiga tingkat. Kerja-kerja pembinaan ini telah siap lebih awal daripada tarikh dalam perjanjian.
JKR telah melantik Muda Mekar Sdn Bhd sebagai kontraktor utama untuk melaksanakan projek pembinaan Satu Blok Bangunan Tiga Tingkat. Pihak kontraktor telah memulakan projek ini pada 05.12.2009 dan telah menyiapkan pada 15 Disember 2010 dua minggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dan telah diambil milik oleh JKR Muar pada 16 Disember 2010. JKR juga telah membenarkan pihak sekolah untuk memulakan pembelajaran dan pengajaran di bangunan baru pada 03.01.2011.

Majlis penyerahan bangunan baru secara rasmi telah berlangsung pada 14 Januari 2011 jam 9.30 pagi di Bilik Komputer Bangunan Baru SJK Tamil Lanadron. Majlis penyerahan bangunan secara rasmi telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Johor , Pejabat Pelajaran Daerah Muar, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Kerja Raya Daerah, Kontraktor Muda Mekar Sdn Bhd, Kontraktor Hariza Enterprise, Kontraktor Diyman Enterprise ,Guru Besar dan guru penolong kanan sekolah.
Mohd Azuan Sahak ,Jurutera Awam JKR Muar telah mempengerusikan majlis tersebut. En.Mohd.Nasseruddin bin Abd.Samat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor , En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan, En.Barimin bin Kasirin, Penolong Jurutera Bangunan JKR Daerah Muar dan En.M.Turuvangadam ,Guru Besar SJK Tamil Lanadron telah memberi ucapan dalam majlis tersebut. 
Guru Besar dalam ucapannya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Kemeterian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar di atas sokongan mereka dalam projek ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada En.Bariman dan En.Shaiful dan En.Ahmad Jaafar dari JKR yang telah banyak membantu dalam kejayaan projek ini.


Guru Besar juga merakamkan penghargaan yang tinggi kepada En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan dan Tuan Hj Haris bin Hashim , Penyelia di unit Pembangunan dan Perolehan Pejabat Pelajaran Daerah Muar di atas sumbangan mereka yang tak terhingga dalam kejayaan hasrat sekolah untuk membina bangunan tiga tingkat. 
Guru Besar bagi pihak sekolah juga merakamkan penghargaan kepada Kontraktor Utama projek ini Muda Mekar Sdn Bhd dan semua kontraktor - kontraktor lain , Unit Pengurusan Projek JKR , Cawangan Kerja Arkitek JKR , Cawangan Kontrak dan Ukur JKR , Cawangan Kerja Mekanikal JKR , Cawangan Kerja Elektrikal JKR dan semua yang telah menyumbangkan tenaga dan masa bagi menjayakan projek ini. Guru Besar juga menyatakan bahawa warga sekolah berasa sangat berpuas hati dengan pelaksaan projek ini.
Md Hanafi bin Omar ,Pengarah Pengurusan Muda Mekar Sdn Bhd.telah menyerahkan replika kunci bangunan baru kepada En.Barimin bin Kasirin , Penolong Jurutera Awam Bahagian Pendidikan JKR Muar dan seterusnya En.Barimin bin Kasirin menyerahkan replika kunci tersebut kepada En.Mohd.Nasseruddin bin Abd.Samat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan seterunya beliau menyerahkan kunci tersebut kepada En.Khairulhizam bin Hassan , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar Pembangunan dan Perolehan dan akhirnya beliau menyempurnakan majlis penyerahan bangunan baru dengan menyerahkan replika kunci bangunan baru kepada En.M.Turuvangadam , Guru Besar SJK Tamil Lanadron.


Upacara masuk bangunan baru mengikut adat telah diadakan pada 22.01.2011.Murid - murid telah mulai p&p di bangunan baru mulai 24.01.2011.
Bencana Alam Banjir

Bencana Alam Banjir 1970
Pada tahun 1970 SJK Tamil Ladang Lanadron telah mengalami ancaman bencana alam banjir.
Bencana Alam Banjir 2006
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON telah dilanda banjir dari 21.12.2006 hingga 30.12.2006 iaitu selama 10 hari mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada sekolah dari segi fizikal,peralatan pengajaran dan pembelajaran, alat-lat elektik,bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan perabut. Dengan ringkasnya semua kemudahan untuk meneruskan P&P di sekolah telah musnah.
Guru-guru dan ibubapa telah membersihkan sekolah dari 31.12.2006 hingga 07.01.2007.Sekolah telah dibuka pada 03.01.2007. Proses Pembelajaran dan pengajaran tidak dapat bermula di sekolah induk akibat dari bencana banjir. 
Walaubagaimanapun proses P&P tidak terganggu. Murid-murid induk telah ditempatkan di SJK Tamil Cawangan Palaniappa dan P&P dimula seperti biasa.

Kerja-kerja pembersihan telah mengambil masa 8 hari dan pada 07.01.2007 P&P telah bermula dengan jaya di sekolah induk.

Yb Tansri Hj.Muhyiddin Bin Hj.Mohd.Yassin, Yb.Tn.Hj Samat Bin Aripin , Yb Tn.Hj.Tahir Bin Taat ,Yb Dato G.Palanivel, Yb Dato Ks Balakrishnan, Yb Dato S Krishnasamy, Yb En. M.Asojen, Yb Komala Krishnamurthy, Penyelia Sekolah Tamil Negeri Johor, Tuan PPD, Pegawai-Pegawai Pembangunan  PPD Muar dan ramai orang-orang kenamaan telah melawat sekolah semasa dan selepas dilanda banjir .
SUMBANGAN  EHSAN  BENCANA  ALAM

Pihak kerajaan , NGO dan orang perseorangan telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan peralatan untuk baik pulih sekolah serta melengkapkan dengan berbagai peralatan dan bahan bantu mengajar. Mereka juga telah memberi sumbangan kepada murid-murid sekolah ini dalam bentuk kewangan dan peralatan sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membantu bangunan sekolah pulih ke asal. 


Muar Rotary Club , Johor Bahru Central Rotary Club, Yogham Traders Labis, Datin Radziah M.Daud -Presiden National Association of Early Childhood Care and Education Malaysia ,  Kasi Industries , Uma Publications, Mim Ming Labis, Jaya Bakthi, Perwakilan Agama Hindu. Universiti Kebangsaan Malaysia, Pn D.Vimala - Prism Vision Networks Corporation Sdn Bhd,
Kuil Sri Muthu Mariamman Muar, Persatuan India Muar, Ramakrishnar Panimanram Kluang , En.Mathavan Nair,Muar ST Indians dan banyak syarikat telah menyumbang buku-buku perpustakaan , peralatan sekolah dan sumbangan untuk penyelenggaraan sekolah.

]

Da Ma Chai telah menyumbang RM 100.00 kepada 100 orang murid sekolah yang telah dilanda banjir. Da Ma Chai juga telah menyumbang RM 20,000.00 untuk penyelenggaraan  bangunan dan membeli peralatan. Guiness Stout telah menyumbang RM 5,000.00 , Sembaruthi Tholargal dari Johor Bahru RM 2,500.00 dan Kesatuan Guru Tamil Malaya  RM 3,000.00.

Yb Dato Ramani Gurusamy  Pengerusi, Caucas  Malaysian Indian Women Leaders telah menyumbang  Pakaian seragam dan peralatan sekolah kepada semua murid. Beliau juga telah menyumbang bahan bantu mengajar bernilai 10,000.00
Bencana Alam Banjir 2011
SJK Tamil Lanadron telah dilanda banjir pada 01.02.2011 hingga 08.02.2011. Oleh kerana SJK Tamil Ladang Lanadron baru pindah ke bangunan baru maka kerosakan kepada sekolah dari segi fizikal,peralatan pengajaran dan pembelajaran,alat-lat elektik,bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan perabut adalah tidak teruk seperti tahun 2006. Guru-guru dan ibubapa sempat menyelamatkan semua peralatan ke bangunan baru. Dengan itu kerosakan teruk dapat dielakkan.
Namun demikian  bangunan lama telah  mengalami kerosakan yang teruk seperti tahun 2006. Ianya masih tidak dapat digunakan untuk pnp dan sebagai bilik –bilik khas akibat kerosakan tersebut. Bangunan baru juga menghadapi masalah.Sistem perairannya telah rosak dan ini telah menyebabkan semua tandas di bangunan baru tidak dapat digunakan. Ini amat menyulitkan murid,guru dan pelawat. Pihak sekolah masih menggunakan tandas di bangunan lama.
Sambutan 100 tahun
Pada tahun 2008 sekolah telah meraikan sambutan 100 tahun dengan meriah.Beberapa acara telah disusun sepanjang tahun untuk meraihkan sambutan 100 tahun.

Pengumuman dan pelancaran sambutan 100 tahun sekolah telah diumum dalam perhimpunan sekolah pada 07.01.2008. Banner 100 tahun dipasang sebagai tanda pelancaran sambutan 100 tahun. Berita sambutan 100 tahun juga tersiar dalam akhbar-akhbar Tamil. Pada 14.01.2008 sambutan 100 tahun bermula dengan ucapan Guru Besar bertajuk ”Sejarah dan Kegemilangan SJK Tamil Lanadron dalam 100 tahun di arena pendidikan ”. Setiap minggu seorang guru ditugaskan memberi ucapan tentang sekolah dari aspek-aspek tertentu.
 
Bekas Guru-guru Besar  En.M.Sahadevan , En.M.Kannan dan En.C.Pandu Rengan , guru- guru  dan  pelajar-pelajar  SJK Tamil Lanadron yang telah berjaya dalam kerjaya telah dijemput untuk memberi ceramah yang berkaitan dengan sekolah dan kejayaan mereka.

Beberapa acara seperti Mencipta Loga sambutan 100 tahun , Melukis Poster , Kuiz Sejarah Sekolah ,  Pertandingan menulis karangan tentang sejarah dan Kejayaan Sekolah, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Sajak , Pertandingan Buku Skrab dan  sebagainya telah diadakan sepanjang tahun. 
Bangunan sekolah juga dicat dan dilukis mural sempena sambutan 100 tahun. Pamiran dan jamuan juga diadakan. Pelancaran Buku oleh bekas murid Puan Rajammal Rajendran telah dilaksanakan di sekolah sempena sambutan 100 tahun. Kehadiran Tokoh –tokoh sasterawan dan ahli-ahli politik tempatan dan India telah memeriahkan majlis ini. Sambutan 100 tahun telah dirasmikan penutupnya oleh En.nadaraja,pemegang Guinness Rekod.
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KURIKULUM

Sekolah Tamil Lanadron telah menjadi sekolah cemerlang dalam kurikulum secara berterusan. Pada tahun 2008 sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor berdasarkan peningkatan GPS Tertinggi SJKT Negeri Johor.
Pada tahun 2009 juga , sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor berdasarkan peningkatan GPS Tertinggi SJKT Negeri Johor. 
Pada tahun 2010 juga , sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik Ketiga dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor dalam kategori UPSR SJKT Negeri Johor.

Pada tahun yang sama , iaitu 2010 , sekolah juga telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor dalam kategori Murid Istimewa Bermasalah Penglibatan UPSR 2010. Murid tersebut ialah M.Rajkumar.
Pada tahun 2011 , sekolah telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik Ketiga dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor kerana telah memperolehi GPS 1.87  dan   melepasi GPS Negeri Johor dalam kategori UPSR SJKT Negeri Johor.
Gred Purata Sekolah dari tahun 2007 hingga 2011 semakin meningkat ke tahap yang memuaskan. Pada tahun 2007 GPS sekolah ialah 2.67. Ia telah meningkat ke tahap 2.16 pada tahun 2008. Pada tahun 2009 ia meningkat lagi ke gred 1.90. Pada tahun 2010 GPS ialah 1.87 dan pada tahun 2011 ia telah mencapai 1.76. 
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KOKURIKULUM

SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2008

SJK T LADANG LANADRON telah mula mengambil bahagian dalam Science Fair mulai Tahun 2008 iaitu tahun pertama Science Fair  diperkenalkan di Negeri Johor. Seramai 5 orang murid tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Sains Fair pada tahun 2008. Murid-murid tersebut adalah R.Jeyaganesh, A.Kesavan, R.Jiiveetha, R.Vikneswary dan C.Lossini. 
Murid-murid ini telah membuat kajian sains dalam tajuk  ”Detergent and plant Growth”. Mereka telah menyertai Science Fair  di peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTM, Johor Bahru pada 11.05.2008. Daripada 60 buah sekolah yang telah menyertai dalam Karnival Sains ini SJK Tamil Ladang Lanadron telah berjaya mendapat tempat ke tujuh. Ini telah membuka jalan kepada sekolah untuk menyertai di peringkat kebangsaan. Walaupun sekolah hanya mendapat saguhati di peringkat kebangsaan ini telah memberi perangsang kepada sekolah untuk turut melibat dalam Science fair setiap tahun.
SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2009

Seramai 5 orang murid tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Sains Fair 2009. Murid-murid tersebut adalah S.Vijayasanthi, S.Mohana,  V.Kasturi , A.Mathumeena dan A.Ruban Raj.
Murid –murid ini telah membuat kajian sains dalam tajuk   ”Vitamin C”. Mereka telah menyertai Science Fair  di peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat . Walaupun Pencapaian sekolah dalam Science Fair  pada tahun itu adalah tempat kesebelas. Memandangan jumlah peserta di peringkat negeri menambah maka sekolah dapat  mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan . SJK T Lanadron mendapat  saguhati di peringkat Kebangsaan.
SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2010

SJK Tamil Lanadron telah menganjurkan Science Fair For Young Children 2010 di peringkat sekolah buat kali pertama.

Seramai 5 orang murid tahun 5 telah mengambil bahagian dalam Science Fair  2010. Murid-murid tersebut adalah S.Vijayasanthe, A.Rupanraj, V.Kasturi dan C.
Murid – murid ini telah membuat kajian sains dalam tajuk   ”pH Paper”.
Mereka telah menyertai SF di peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat. Sekolah berjaya mendapat tempat ke tujuh dan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Ia berjaya mendapat  saguhati di peringkat Kebangsaan.

SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2011

Sekolah telah menghantar dua pasukan - satu dari induk dan satu lagi dari cawangan Palaniappa  untuk menyertai SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2011 peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat. 
Pasukan Lanadron telah disertai oleh B.Kaartik, R.Sethumathavan, K.Praveen dan V.Thavaneswaran. Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk   ”Wind Turbine”. Pasukan ini telah mendapat tempat ketujuh.

Pasukan Palaniappa telah disertai oleh R.Nanthini, K.Priyatharisini, R.Prakash , R.Gayathiri dan R.Darshini.  Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk   ”Shape of the Boat and the Load Carried ”. Pasukan ini telah mendapat tempat kelima walaupun menyertai Science Fair buat kali pertama.

Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri untuk menyertai Science Fair peringkat kebangsaan.

Walaupun SJK Tamil Lanadron hanya mendapat tempat yang ke tujuh di peringkat negeri ianya berusaha dengan lebih gigih lagi dan akhirnya menjadi  JOHAN di peringkat Kebangsaan.Ini adalah satu kejayaan yang sangat bererti kepada sekolah. 

SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2012

Seperti tahun 2011, Sekolah telah menghantar dua pasukan - satu dari induk dan satu lagi dari cawangan Palaniappa 
 untuk menyertai SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2012 peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di UTHM, Batu Pahat. 
Pasukan Lanadron telah disertai oleh R.Sethumathavan, K.Praveen , M.Ranjeetha, dan G.Harini Piriya. Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk   ”Lever”. Pasukan ini telah mendapat tempat kelapan.

Pasukan Palaniappa telah disertai oleh R.Prakash, R.Gayathiri. dan M.Komathi.  Mereka telah membuat kajian sains dalam tajuk   ”Mass Wind Damper”. Pasukan ini telah menjadi Johan di peringkat Negeri.
Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri untuk menyertai science fair peringkat kebangsaan.

SJK Tamil Lanadron telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Sains di peringkat Kebangsaan. Ini adalah satu kejayaan yang sangat bererti kepada sekolah. 

MUTHAMIL VILAH
Muthamil Vilah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum tahunan SJK Tamil di peringkat daerah dan Negeri sejak dua puluh tahun.
SJK Tamil Lanadron telah menjadi Johan Keseluruhan Muthamil Vilah Daerah Muar pada tahun   2005 dan 2006 .
SJK Tamil Lanadron telah menjadi Naib Johan Keseluruhan Muthamil Vilah Daerah Muar pada tahun   2007, 2009 dan 2011 .
SJK Tamil Lanadron telah mendapat tempat ketiga Keseluruhan dalam Muthamil Vilah Daerah Muar pada tahun 2010 .
Ini bermakna sekolah telah menjadi TOP 3 dalam Muthamil Vilah Daerah Muar hampir setiap tahun.
Drama,Tarian dan Nyanyian Bercerita merupakan tiga jenis pertandingan kumpulan yang paling dihayati dalam Muthamil Vilah samaada di peringkat sekolah,daerah atau negeri.
Sekolah telah menjadi Johan dalam Pertandingan Drama pada tahun 2006 dan 2011 di peringkat daerah  dan tempat ketiga di peringkat negeri pada tahun – tahun tersebut.
Dalam Pertandingan Nyanyian Bercerita pula ianya telah menjadi Johan Daerah pada 2005,2006 dan Naib Johan Daerah  pada 2007 dan 2010). Ianya menjadi Naib Johan Negeri pada tahun 2005 dan 2006.
Dalam Pertandingan Tarian ianya telah menjadi Johan Daerah pada tahun 2005,Naib Johan Daerah 2006 dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2007.Ianya mendapat tempat ketiga dalam Tarian pada tahun 2005  di peringkat negeri.
Pada tahun 2005 sekolah telah menjadi Johan dalam Pertandingan Tarian Tradisional dan Pertandingan Isaippaadal  dan tempat ketiga dalam pertandingan deklamasi sajak di peringkat daerah. Di peringkat Negeri pula ia menjadi Naib Johan dalam Isaippaadal  dan dan tempat ketiga dalam tarian Tradisional.
Pada tahun 2006 sekolah telah berjaya dalam hampir semua pertandingan muthamil vilah peringkat daerah. Ianya telah menjadi Johan  dalam Drama , Isai  Padal , lukisan dan Naib Johan dalam Tarian Tradisional Syarahan , Deklamasi Sajak , Grafik ICT  dan Tevaram.  di peringkat daerah. Di peringkat Negeri pula ianya menjadi naib Johan dalam Isaippaadal , lukisan dan tempat ketiga dalam Drama. Dengan pencapaian ini sekolah telah menjadi Johan Keseluruhan Muthamil Vilah Daerah Muar.  
KARNIVEL KOKO AKADEMIK
pada tahun 2006 R.Jiveetha dari SJK Tamil Lanadron telah menjadi Johan dalam Karangan Bahasa Tamil Tahap 1 dalam Karnivel Bahasa Tamil  peringkat Daerah dan Negeri yang dianjur oleh Panitia Bahasa Tamil daerah dan Negeri. A.Kesavan telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan Syarahan peringkat daerah.
Pada tahun 2007 SJK Tamil Lanadron telah menjadi Johan dalam Syarahan tahap 1 dan Melafaz Athisudi ,  Naib Johan dalam Syarahan Tahap 2 dan Ketiga dalam Kuiz Bahasa Tamil di peringkat daerah.

Pada tahun 2008 sekolah telah menjadi  nj dalam pertandingan karangan bt peringkat negeri anjuran ajensi bantuan kebajikan kl.2009 sek.tlh menjadi johan negeri dlm kuiz bt dan menyertai peringkat kebangsaan.


AKTIVITI  TAHUNAN SJK TAMIL LANADRON 

SJK Tamil Lanadron telah menganjur beberapa aktiviti seperti Sukan , Permainan dan Lawatan sambil Belajar ,Karnivel Sukan,Karn ivel Sains,Larian bersama Bekas Olahragawan Malaysia hampir setiap tahun. 
   

Sukan tahunan yang diadakan pada tahun 2011 ialah Sukan Tahunan yang ke  21 . Temasya Sukan ini buat kali pertama dalam sejarah sekolah telah diadakan di luar kawasan sekolah. Ianya telah diadakan di Kolej Metrikulasi Tangkak pada   Majlis telah dirasmikan oleh     .

Lawatan sambil Belajar telah diadakan setiap tahun. Pada tahun 2005 murid-murid telah melawat     .  


MAJLIS APRESIASI GURU

Majlis Apresiasi Guru merupakan  sebuah aktiviti tahunan mulai tahun 2010. 

Majlis Apresiasi Guru kali pertama telah diadakan di Muar Star Restaurant pada tahun teresbut. Ianya telah dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor En.M.Asojan.

Majlis Apresiasi Guru kali kedua telah diadakan di Muar Star Restaurant pada tahun 2011. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi MIC Negeri Johor merangkap ADUN  YB. En.M.M.Samy.

Majlis Apresiasi Guru kali ketiga telah diadakan di Marina Bay Restaurant Tanjung  pada 23.05.2012 Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional Kawasan Parlimen Pagoh  merangkap ADUN  Bukit Serampang YB Tuan Haji Tahir Bin Mohd Ta’at . Tuan Haji  Hassan Adli Bin Jaid, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Muar , Tuan Haji Lukman Bin Simon, Pppd Akademik , PPD Muar, En.Mohd Bashir Bin  Ismail, Pppd Peperiksaan Dalaman, PPd Muar Tuan Haji Jasni Bin Nawi , PPPDSR , Pejabat Pelajaran Daerah Muar En.Mohd. Taufiq Ravichandran Bin Abdullah, Bekas Murid SJK Tamil Lanadron telah hadir bersama dalam majlis yang sungguh bermakna ini.

KEJAYAAN DALAM KERJAYA
Ramai bekas murid sekolah ini telah Berjaya dalam bidang kerjaya. Ada murid yang menjadi dokor,jurutera,guru besar , peguam , pengurus ,guru dan sebagainya. Dr.R.Vinayagamurthy, Dr.V.Jothimalar, Dr.R.Kaliammal merupakan antara bekas murid sekolah ini yang menjadi dottor. Dr.S.Sasitharan merupakan pensyarah di USM. En.M.Kumar adalah seorang peguam. En.K.Shanmugam, En.S.Sivadas dan En.K.Selvam merupakan jurutera.

En.M.Kannan,En.G.Muniyandi,En.Vengadesan,En.M.Turuvangadam,En.M.Arumugam , En.K.Sanmugam , En,C.Pandurenjgan, En.R.Ravichandran,En.M.Perumal merupakan antara mereka yang menjadi Guru Besar.

Sekolah ini terus maju dan melahirkan   murid-murid yang akan  terus berjaya dalam karier dan sahsiah.

Tamat.